Roda-Roda (majalah)
Roda-Roda (majalah)

Roda-Roda (majalah)


Roda-Roda merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia merupakan sebuah majalah khusus untuk peminat motosikal dan diterbitkan secara bulanan sejak tahun 1987 oleh Bayu Enterprise yang berpangkalan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor.Selain daripada berita-berita serta ulasan uji pandu model-model motosikal yang dipasarkan di Malaysia serta ulasan sukan lumba motosikal seperti Grand Prix Motosikal dan Malaysian Cub Prix, Roda-Roda juga turut menyiarkan sesi uji pandu model baru motosikal serta berita-berita yang berkaitan dengan motosikal di luar negara melalui dua orang wartawan yang bertugas di luar negara iaitu Alan Cathcart (bagi kawasan Eropah) dan Clement Salvadori (bagi kawasan Amerika Syarikat).

Roda-Roda (majalah)

Kategori Motorsikal
Bahasa Bahasa Melayu
Kekerapan Bulanan
Isu pertama 1987
Negara  Malaysia

Berkaitan